Kata-Kata Hikmah

Kata-Kata Hikmah - Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam
memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan - Imam Al-Ghazali

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan
berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

Kehidupan adalah suatu giliran. antara senyum dan tangis. Air mata pula adalah masin kerana ia adalah garam penghidupan.

Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki

Kata-Kata Hikmah - Sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari, kita tidak dapat menghindar reality, dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat. dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat

Bergaul lah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri pada Allah yang maha kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya

Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh, ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang

Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka, kadangkala pandangan mata sering menipu. Selidikilah apa yang kita lihat dan pastikanlah kebenarannya. Semoga yang setitis menjadi selautan dan kebenaran akan terserlah

Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu, akal adalah pemimpin bagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa, harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong, dan dunia adalah pekan akhirat

Dalam menuntut ilmu pula. jadilah seperti lembah, jangan sepertt gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong. siapapun tak larat untuk mendak

Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga.

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah

Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan

Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu. Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan

Kata-Kata Hikmah - Setiap kegagalan pasti ada hikmahnya, jangan sedih walaupun ia pahit. Jikalau kita yakin kejayaan itu milik kita, kita mstilah berusaha untuk mencapainya

Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya jadikan ia pedoman dalam meniti arus kehidupan ini

Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman, buah fikiran adalah kemajuan. Alangkah indahnya jika ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupannya

Insan yang berjiwa hamba adalah menggunakan akal dan roh dalam hidupnya, insan yang berjiwa binatang adalah menggunakan roh dan jasad dalam hidupnya, insan yang berjiwa akal, roh dan jasad dalam hidupnya adalah di sisi Allah

Dunia ini bagai satu titian yang harus ditempuhi oleh setiap yang hidup. Oleh itu menitilah dengan berpegangkan kayu keimanan yang kukuh

Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya

Keindahan bunga pada mekar kuntumnya, keindahan kata pada puitis - nya, keindahan langit pada pelanginya, keindahan manusia pada akalnya

Apabila terjadi perpisahan, tak kiralah pihak mana yang membuat keputusan, kaum wanitalah yang lebih menderita

Popular posts from this blog

Nikita willy - Foto Profil Nikita Willy

Ide Desain Interior agar Rumah Terasa Lebih Nyaman: Mewujudkan Keindahan dan Kesejahteraan

Menginspirasi dengan Desain Pagar Rumah Modern: Keselamatan dan Estetika yang Seimbang